Tarian Nyamuk dengan idea dariapada guru penasihat Kelab Dr. Muda, Pn Suhaila Bt Ishak bersama seorang lagi rakannya akhirnya tercipta Tarian Nyamuk. Tarian ini juga mungkin sesuai untuk diselitkan sebagai salah satu lagu dan tarian aerobik. Saksikan.
Tahniah SK Serkam Darat kerana berjaya mewakili Negeri Melaka dalam Pertandingan Patrol Denggi Peringkat Kebangsaan. Gambar ini telah dirakamkan selepas Majlis Pelancaran Kembara Berbasikal Kempen Anti Aedes yang telah dirasmikan oleh Pn Asnah Bt Selamat,
Pegawai di Jabatan Pendidikan Negeri Melaka.
Berita ini telah disiarkan dalam akhbar Melaka Hari Ini bertarikh 02 Oktober 2014. Sekalung tahniah dan Semoga Berjaya menjadi johan kebangsaan pula. Amiin.
TARIKH : 01 OKTOBER 2014 MASA : 8.30 AM TEMPAT MULA : DATARAN HIKMAH, SKSD 01 Oktober 2014 bersamaan hari Rabu, SK Serkam Darat melalui anjuran Unit HEM dan bersama dengan Unit Patrol Denggi di bawah Kelab Doktor Muda SKSD buat pertama kalinya akan melaksanakan aktiviti yang belum pernah diadakan dalam sejarah sekolah iaitu Kembara Berbasikal sambil berkempen Anti Aedes bagi tahun 2014. Aktiviti ini telah dirasmikan oleh Pegawai daripada Jabatan Pendidikan Negeri Melaka. Aktiviti ini berobjektifkan memberikan kesedaran tentang bahaya wabak Denggi yang semakin serius dalam kalangan masyarakat. Bersama menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes. Berikut pecahan kumpulan dan kawasan yang dilawati. KUMPULAN 1 EN ABDUL KADIR HAMIDUN TN HJ MOHD LIAS ZAIDY B MOHD YUSOF TAMAN SERKAM PERDANA & KG ANAK AIR KUMPULAN 2 EN MOHD AGOST B ABU EN JEFRIZAL B HASAN TAMAN SERKAM JAYA, TAMAN SERKAM BARU & TAMAN SERKAM RIA. KUMPULAN 3 PN SUHAILA BT ISHAK PN FARIDAH HANIM BT ISHAK KG SERKAM DARAT KUMPULAN 4 PN NORAIDAH BT HAMID PN ROZITA BT ABU TAMAN SERI SERKAM & TAMAN RIMBUNAN KASIH KUMPULAN 5 EN ABDUL LATIB B RAUB EN MUHAMAD ZULKARNINE B ZUBIR KG TEDONG DARAT
Penyakit denggi adalah suatu penyakit berjangkit yang merbahaya yang boleh membawa maut kerana sehingga kini belum ada ubat untuk mengubati penyakit ini. Denggi biasa terjadi di kalangan orang dewasa dan kanak-kanak akibat dari gigitan nyamuk Aedes. Penyakit ini biasanya berlangsung selama 10 hari dan kadang-kadang memerlukan masa yang lama untuk sembuh sepenuhnya. Penyakit denggi kerap berlaku di kawasan bandar jika dibandingkan dengan luar bandar.
JENIS-JENIS PENYAKIT DENGGI
Terdapat 2 jenis penyakit denggi iaitu:
a. Demam denggi klasikal. Pesakit menunjukkan gejala demam, ruam, sakit badan, sakit sendi dan sakit otot. Gejala penyakit ini biasanya tidak teruk dan jarang menyebabkan kematian. Demam jenis ini juga pernah dinamakan 'demam patah tulang' atau 'breakbone fever'. b. Demam denggi berdarah. Biasanya terjadi di kalangan kanak-kanak terutama dalam lingkungan umur 2-13 tahun. Pada tahap awal (selama 2-4 hari) gejala yang dihidapi adalah sama seperti demam denggi klasikal dan diikuti oleh tahap yang lebih teruk dengan gejala seperti tekanan darah rendah, ruam dan bintik-bintik merah di badan, perdarahan gusi, berak berdarah (najis berwarna hitam) disertai dengan sawan dan tidak sedar diri. Ia sering menyebabkan kematian jika rawatan tidak diberikan dengan segera. Ia juga dipanggil sebagai 'demam berdarah Filipina'.
AGEN PENYEBAB PENYAKIT DENGGI
Penyakit denggi disebabkan oleh sejenis kuman virus yang dipanggil virus denggi. Virus ini tergolong di dalam keluarga Togaviridae. Ia merupakan virus yang berkembang biak dalam serangga. Terdapat 4 jenis 'serotype' virus yang telah dikenalpasti iaitu Den 1, Den 2, Den 3 dan den 4. Semua jenis serotype ini boleh meransang pembentukan antibodi yang berbeza-beza. Namun begitu kekebalan yang dihasilkan oleh pertahanan badan tidak menyeluruh terhadap semua jenis virus denggi. Ia akan hanya melindungi individu untuk jenis virus tersebut sahaja. Virus ini masuk ke dalam peredaran darah manusia melalui gigitan nyamuk Aedes dan boleh didapati dalam tempoh yang singkat sahaja iaitu 4-5 hari pada tahap awal penyakit.
PEMBAWA AGEN PENYAKIT DENGGI
Nyamuk Aedes merupakan pembawa bagi kuman virus denggi. Gigitan nyamuk merupakan satu cara penyebaran virus denggi dari seorang ke seorang yang lain. Daripada 1 gigitan ia boleh menghisap darah sebanyak 2-4 mg darah iaitu 1.5 kali berat badannya.Nyamuk Aedes ini boleh dikenali dengan tanda belang hitam dan putih di kaki.Terdapat 2 jenis nyamuk Aedes yang membawa virus denggi iaitu:
1. Aedes aegypti
Ciri-ciri: Tanda putih-perak bentuk kecapi dikepala.
2. Aedes albopictus Ciri-ciri: garisan putih-perak disepanjang pertengahan kepala dan badan.
Nyamuk Aedes aegypti berterbangan di sekitar rumah dan tinggal di tempat-tempat gelap di dalam rumah. Ia bertelur dan berkembang biak di dalam bekas buatan di dalam dan di luar rumah. Nyamuk Albopictus pula terdapat di kawasan perumahan di bandar, kebun dan juga di hutan. Ia biasa terdapat di luar rumah pada tumbuh-tumbuhan dan menggigit manusia di luar rumah. Kadang-kadang ia memasuki rumah untuk menggigit manusia. Disamping bekas buatan nyamuk ini juga boleh berkembang biak dalam berbagai-bagai bekas alamiah seperti lubang pada pokok, tunggul pokok, buluh, ketiak daun seperti daun pandan dan nenas dan lain-lain tempat yang boleh air bertakung. Jarak terbang kedua-dua jenis nyamuk ini biasanya tidak melebihi 350 meter.
TEMPAT PEMBIAKAN
Nyamuk Aedes membiak di dalam takungan air jernih di dalam dan di luar rumah. Ia tidak boleh membiak di dalam air yang kotor.
A. Di dalam rumah
1. Ia membiak di dalam piring alas pasu bunga. 2. Tadahan air seperti kolah mandi, tempayan atau baldi. 3. Perangkap semut.
B. Di luar rumah
1. Di dalam tayar buruk. 2. Saluran air hujan. 3. Tin-tin kosong atau botol. 4. Bata bangunan atau kawasan pembinaan 5. Cawan getah 6. Lubang pokok 7. Tunggul buluh 8. Ketiak daun seperti -pandan dan nenas
AWAS!!!! ANDA AKANDIDENDAJIKA DIDAPATI MEMBIAK NYAMUK AEDES DI KAWASAN RUMAH.