KELAS SKSD
Kempen kesedaran diteruskan lagi dengan melaksanakan Pertandingan mewarna bagi tahap 1&2. Pertandingan bermula pada jam 10.40 dan berakhir jam 11.40. Semua murid diwajibkan menyertai pertandingan ini. Bagi kategori tahap 2, mereka dikehendaki melukis poster manakala tahap 1 mereka hanya dikehendaki mewarnakan gambar yang telah disediakan dengan menarik.
Pertandingan ini bertujuan memberikan kesedaran dan pengetahuan betapa penting menjaga kebersihan dan kesihatan. Selaian itu dapat juga melatih bidang kreatif mereka dalam memberikan hasil seni yang menarik dan kemas.
Sedikit bingkisan semasa pertandingan.
Sedikit laporan penuh.
PERTANDINGAN MEWARNA SEMPENA
KEMPEN AYUH GEMPUR AEDES
TARIKH : 17
Julai 2014
MASA : 11.00
– 1.10 tengahari
TEMPAT : Dewan
Hjh. Maimunah, SKSD
PENGELOLA
: Kelab
Doktor Muda, Unit HEM, SKSD
ULASAN:
Pada 17 Julai 2014 telah
dijalankan Pertandingan Mewarna bertempat
di Dewan Hjh. Maimunah sempena Kempen Ayuh Gempur Aedes bagi Pertandingan
Patrol Dengue yang telah bermula bulan Jun hingga 07 Oktober 2014. Program ini telah
melibatkan semua warga SKSD dengan jayanya.
Objektif utama program ini
dijalankan adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat warga SKSD tentang
wabak denggi yang semakin serius serta meningkatkan
kesedaran agar sama-sama membantu membanteras pembiakan nyamuk Aedes di
persekitaran sekolah dan kediaman mereka.
Pertandingan Mewarna ini telah
dapat dijalankan mengikut perancangan dengan lancar. Malah, murid-murid seronok
dengan aktiviti ini di samping dapat mengetahui bahayanya nyamuk Aedes dalam
kehidupan seharian mereka.
SENARAI NAMA PEMENANG PERTANDINGAN MEWARNA SEMPENA
KEMPEN AYUH GEMPUR AEDES
BIL
|
TAHUN
|
JOHAN
|
NAIB JOHAN
|
SAGUHATI
|
1.
|
1
|
Muhd. Danial Hafiz
|
Muhd. Ikmal Nasri
|
Amirul Danial
|
2.
|
2
|
Aina Madiha Ahmad
|
Hawa Shahrin
|
Haziq Ashraf
|
3.
|
3
|
Shafika Othman
|
Sarah Ainah Yazid
|
Aina Haziqah
|
4.
|
4
|
Dhiyauddin Azizan
|
Umairah Hamid
|
Suhana Muhd. Kamil
|
5.
|
5
|
Alisah Idris
|
Irfan Ismail
|
Suriani Yusof
|
6.
|
6
|
Intan Fara Razak
|
Mohamad Ikhsan
|
Shahirah Adidilia
|
7.
|
PRA SEKOLAH
|
Kamilia Roslan
|
Mohd. Ali Hisham
|
Ahmad Sabarudin
|
8.
|
PPKI
|
Haikal Farid
|
Borhan
Khalid
|
Najmi Zailan
|
No comments:
Post a Comment