AHAD
Dr. Muda sekali lagi melaksanakan tugas murni, kali ini berkolaborasi bersama PIBG sekolah. Gotong-royong membersihkan kawasan pintu masuk laluan pejalan kaki bagi pelajar SK Serkam Darat. Ini melibatkan kerja-kerja penenbangan beberapa batang pokok kelapa sawit dan juga meratakan sedikit tanah yang tidak rata. Bermula jam 9.00 pagi dan berakhir jam 1.00 ini telah berjaya diselesaikan dengan bantuan pihak JKR yang turut membantu membawa pokok kelapa sawit telah ditebang dibawa tempat yang sesuai.
Gotong-royong juga mencakupi pembersihan bilik Kelab Dr. Muda yang mana dilaksanakna secara dalaman iaitu guru dan ahli Kelab Dr. Muda. Kerja pembersihan lebih mudah di sini kerana ruang yang lebih kecil.
Semoga usaha murni ini akan dapat meningkatkan lagi semangat kerjasama dalam aktiviti kemasyarakatan seperti ini dan memberikan kesedaran betapa penting kebersihan kepada komuniti,
No comments:
Post a Comment