-:: Makluman ::-


Selamat Datang ke blog rasmi SEDARA PATROL DENGUE SK Serkam Darat.Sekolah Bestari Malaysia Luar Bandar.

Selamat datang ke Blog Baru SK Serkam Darat. Sekolah Bestari Luar Bandar. Blog ini diwujudkan adalah bagi memberikan informasi dan maklumat terkini berkaitan DENGGI.

LUANGKAN MASA LIMA HINGGA 10 MINIT UNTUK MENYEMAK KEADAAN SEKELILING RUMAH DAN DI DALAM RUMAH DAN PASTIKAN TIADA TEMPAT PEMBIAKAN NYAMUK. JIKA TERDAPAT TEMPAT PEMBIAKAN NYAMUK, MUSNAHKAN IA. PASTIKAN ANDA DAN KELUARGA BEBAS AEDES.

Makmal ICT SK Serkam Darat sudah boleh digunakan tetapi kali ini penggunaan adalah terhad kepada kedatangan dengan guru sahaja. Murid-murid adalah dilarang masuk ke Makmal ICT tanpa guru. Untuk tempahan sila berhubung dengan juruteknik Komputer. Harap Maklum.

Bagi murid yang berpindah dari sekolah lain sila ambil buku teks di sekolah lama, Terima Kasih.

INFO EMIS (JUMAAT 30 MEI 2014) -PENGHANTARAN CETAKAN PENGESAHAN MAKLUMAT EMIS (DATA 30 MEI 2014) Perhatian semua PT Rintis/Guru Data Daerah Jasin, Tempoh penghantaran cetakan pengesahan data EMIS dilanjutkan sehingga 18 Jun 2014 (Rabu). Pastikan cetakan yang yang dihantar lengkap dan disusun mengikut susunan seperti dimaklumkan di dalam portal sebelum ini. (Sumber : Unit ICT/Maklumat PPD Jasin)

ADUAN KEROSAKAN PERALATAN ICT SEKOLAH Untuk makluman semua Pengetua dan Guru Besar Sekolah-sekolah Daerah Jasin Sebarang permasalahan berkaitan penyelenggaraan dan kerosakan peralatan ICT di sekolah boleh dilaporkan ke KPM melalui "Support Ticketing System" (STS) di alamat berikut: http://sts.moe.edu.my/. Harap maklum. (Sumber : Unit ICT PPD Jasin)

PERHATIAN KEPADA SEMUA GURU & STAF, RAJIN-RAJINKANLAH DIRI ANDA UNTUK MENYEMAK PETI MASUK EMAIL ANDA SUPAYA ANDA MENDAPAT SEGALA INFO TERKINI SEKOLAH. HARAP MAKLUM.

BORANG P1 -ANALISA KEHADIRAN MURID SEKOLAH BULAN MEI PERHATIAN GPK HEM SILA SERAHKAN BORANG ANALISA PERATUS KEHADIRAN MURID SEKOLAH (BORANG P1) BAGI BULAN MEI 2014 UNTUK TINDAKAN PPDJ SELANJUTNYA. SILA ABAIKAN MESEJ INI SEKIRANYA TELAH BERBUAT (DEMIKIAN. DARIPADA : SAFIE BIN IBRAHIM - PENOLONG PPD JASIN

Tuesday 19 August 2014

PERADUAN MEREKA SLOGAN KEMPEN AYUH GEMPUR AEDES

LAPORAN MEREKA SLOGAN SEMPENA KEMPEN AYUH GEMPUR AEDES

TARIKH         :           19 Ogos  2014
MASA             :           8.00 – 10.30 pagi
TEMPAT         :           Kelas masing-masing
PENGELOLA :           Kelab Doktor Muda, Unit HEM, SKSD

ULASAN:

Pada 19 Ogos 2014 telah dijalankan Peraduan Mereka Slogan sempena Kempen Ayuh Gempur Aedes bagi Pertandingan Patrol Dengue yang dijalankan bermula bulan Jun hingga 07 Oktober 2014. Program ini telah melibatkan  semua murid Tahap 2.

Objektif utama program ini dijalankan adalah untuk menggalakkan murid lebih kreatif dan kritis mereka slogan yang sesuai dengan program ini..

Semasa program ini dijalankan, murid dikehendaki mereka slogan mengikut kreativiti mereka..


SENARAI NAMA PEmenang peraduan MEREKA slogan SEMPENA
KEMPEN AYUH GEMPUR AEDES


BIL
NAMA PEMENANG
1.
AHMAD ZAFRI BIN ABDUL  MAJID
2.
AIMAN SYAKIR BIN SAFRI
3.
ALIF NAJMI BIN AHMAD ZAINI
4.
FAIQ  AZIM BIN MOHD. ZAIDI
5.
IZZAT ASYMAWI BIN MOHD. AZLI
6.
MUHAMMAD AFIQ AIMAN BIN AZIZI
7.
NUR FATIN NASUHA BINTI JASMAN
8.
NUR SYAMIMI BINTI ZAHARI
9.
NUR SYAZASYAZANI BINTI ANUAR
10.
NURQAMARINA BINTI MOHD. YUSNIE
11.
NURUL SHAZNIESYA BINTI AZMAN
12.
RABIATUL ADAWIYAH BINTI AZHAR



Sunday 17 August 2014

SIMPOSIUM GURU PENASIHAT KELAB DOKTOR MUDA

SIMPOSIUM GURU PENASIHAT KELAB DOKTOR MUDA
KALI KE-2PERINGKAT KEBANGSAAN @ KUANTAN, PAHANG.

Minggu lepas, Pn Suhaila Bt Ishak telah mewakili Kelab Doktor Muda SKSD ke simposium tersebut yang telah diadakan di Kuantan, Pahang. Simposium tersebut telah dihadiri oleh guru penasihat Kelab Doktor Muda dari seluruh Malaysia. Diharapkan Kelab Doktor Muda SKSD khasnya akan menjadi lebih mantap dengan adanya majlis seperti ini.

Sedikit gambar yang sempat dikongsikan.






Tuesday 12 August 2014

CERAMAH, PEMERIKSAAN DAN PAMERAN KESIHATAN

12 OGOS 2014
SELASA
8.00 -10.00 PAGI
DEWAN HMK, SK SERKAM DARAT.

Pagi ini, Pegawai Kesihatan Daerah Jasin dengan pasukan nya telah hadir dan mengadakan ceramah kesihatan. Antara pengisian yang di terangkan pada sesi kali ini ialah tentang denggi. Banyak juga info yang telah dikongsikan bersama. Terdapat juga kuiz dan murid-murid memberikan kerjasama yang baik.

Di sudut belakang dewan ada juga diadakan pemeriksaan kesihatan bagi yang ingin melakukannya dan juga pameran kesihatan. Diharapkan semua warga SKSD telah mendapat banyak informasi yang berguna  tentang aedes, denggi dan kesihatan anda sendiri.