-:: Makluman ::-


Selamat Datang ke blog rasmi SEDARA PATROL DENGUE SK Serkam Darat.Sekolah Bestari Malaysia Luar Bandar.

Selamat datang ke Blog Baru SK Serkam Darat. Sekolah Bestari Luar Bandar. Blog ini diwujudkan adalah bagi memberikan informasi dan maklumat terkini berkaitan DENGGI.

LUANGKAN MASA LIMA HINGGA 10 MINIT UNTUK MENYEMAK KEADAAN SEKELILING RUMAH DAN DI DALAM RUMAH DAN PASTIKAN TIADA TEMPAT PEMBIAKAN NYAMUK. JIKA TERDAPAT TEMPAT PEMBIAKAN NYAMUK, MUSNAHKAN IA. PASTIKAN ANDA DAN KELUARGA BEBAS AEDES.

Makmal ICT SK Serkam Darat sudah boleh digunakan tetapi kali ini penggunaan adalah terhad kepada kedatangan dengan guru sahaja. Murid-murid adalah dilarang masuk ke Makmal ICT tanpa guru. Untuk tempahan sila berhubung dengan juruteknik Komputer. Harap Maklum.

Bagi murid yang berpindah dari sekolah lain sila ambil buku teks di sekolah lama, Terima Kasih.

INFO EMIS (JUMAAT 30 MEI 2014) -PENGHANTARAN CETAKAN PENGESAHAN MAKLUMAT EMIS (DATA 30 MEI 2014) Perhatian semua PT Rintis/Guru Data Daerah Jasin, Tempoh penghantaran cetakan pengesahan data EMIS dilanjutkan sehingga 18 Jun 2014 (Rabu). Pastikan cetakan yang yang dihantar lengkap dan disusun mengikut susunan seperti dimaklumkan di dalam portal sebelum ini. (Sumber : Unit ICT/Maklumat PPD Jasin)

ADUAN KEROSAKAN PERALATAN ICT SEKOLAH Untuk makluman semua Pengetua dan Guru Besar Sekolah-sekolah Daerah Jasin Sebarang permasalahan berkaitan penyelenggaraan dan kerosakan peralatan ICT di sekolah boleh dilaporkan ke KPM melalui "Support Ticketing System" (STS) di alamat berikut: http://sts.moe.edu.my/. Harap maklum. (Sumber : Unit ICT PPD Jasin)

PERHATIAN KEPADA SEMUA GURU & STAF, RAJIN-RAJINKANLAH DIRI ANDA UNTUK MENYEMAK PETI MASUK EMAIL ANDA SUPAYA ANDA MENDAPAT SEGALA INFO TERKINI SEKOLAH. HARAP MAKLUM.

BORANG P1 -ANALISA KEHADIRAN MURID SEKOLAH BULAN MEI PERHATIAN GPK HEM SILA SERAHKAN BORANG ANALISA PERATUS KEHADIRAN MURID SEKOLAH (BORANG P1) BAGI BULAN MEI 2014 UNTUK TINDAKAN PPDJ SELANJUTNYA. SILA ABAIKAN MESEJ INI SEKIRANYA TELAH BERBUAT (DEMIKIAN. DARIPADA : SAFIE BIN IBRAHIM - PENOLONG PPD JASIN

Tuesday 15 July 2014

PERADUAN TEKA SILANGKATA 2014

LAPORAN PERADUAN TEKA SILANGKATA SEMPENA KEMPEN AYUH GEMPUR AEDES

TARIKH         :           15 Julai  2014
MASA             :           8.00 – 10.30 pagi
TEMPAT         :           Kelas masing-masing
PENGELOLA :           Kelab Doktor Muda, Unit HEM, SKSD

ULASAN:

Pada 15 Julai 2014 telah dijalankan peraduan teka silangkata yang melibatkan murid-murid Tahap 1 dan 2 sempena Kempen Ayuh Gempur Aedes untuk Pertandingan Patrol Dengue yang dijalankan bermula bulan Jun hingga 07 Oktober 2014.

Objektif utama program ini dijalankan adalah untuk menguji pengetahuan sedia ada murid tentang wabak  denggi dan nyamuk Aedes. Murid-murid dikehendaki menjawab semua soalan dalam teka silangkata diberi. Semua soalan berkisar tentang wabak demam denggi dan nyamuk Aedes. Pemenang telah dipilih berdasarkan jawapan yang betul dan menepati syarat penyertaan.

SENARAI NAMA PEMENANG PERADUAN TEKA SILANGKATA


BIL
TAHUN
JOHAN
NAIB JOHAN
SAGUHATI
1.
1
Sharifah Nurul Ali
Mohd Khalid Hasim
Latifah Borhan
2.
2
Ilham Farid Ahmad
Sara Kasila Rahman
Nurul Faratil Johari
3.
3
Muhd. Ismail Ilyasak
Norita Adilah
Haidar Yunus
4.
4
Noraqilah Mohd. Sahril
Norzita Adawiyah Rahimin
Shafikah Ruslan
5.
5
Norkamilia Hana
Nurul Aida abd. Kadir
Wan Aliah Ibrahim
6.
6
Aina Aisyah yazid
Farah Sharmila Lazri
Qistina Ilham

 


FAKTA #3




FAKTA #2




Monday 14 July 2014

PERTANDINGAN MELUKIS POSTER

14 JULAI 2014
KELAS SKSD

Kempen kesedaran diteruskan lagi dengan melaksanakan Pertandingan mewarna bagi tahap 1&2. Pertandingan bermula pada jam 10.40 dan berakhir jam 11.40. Semua murid diwajibkan menyertai pertandingan ini. Bagi kategori tahap 2, mereka dikehendaki melukis poster manakala tahap 1 mereka hanya dikehendaki mewarnakan gambar yang telah disediakan dengan menarik.

Pertandingan ini bertujuan memberikan kesedaran dan pengetahuan betapa penting menjaga kebersihan dan kesihatan. Selaian itu dapat juga melatih bidang kreatif mereka dalam memberikan hasil seni yang menarik dan kemas.

Sedikit bingkisan semasa pertandingan.












Sedikit laporan penuh.

PERTANDINGAN MEWARNA SEMPENA KEMPEN AYUH GEMPUR AEDES

TARIKH         :           17 Julai  2014
MASA             :           11.00 – 1.10 tengahari
TEMPAT         :           Dewan Hjh. Maimunah, SKSD
PENGELOLA :           Kelab Doktor Muda, Unit HEM, SKSD

ULASAN:

Pada 17 Julai 2014 telah dijalankan Pertandingan Mewarna  bertempat di Dewan Hjh. Maimunah sempena Kempen Ayuh Gempur Aedes bagi Pertandingan Patrol Dengue yang telah bermula bulan Jun hingga 07 Oktober 2014. Program ini telah melibatkan semua warga SKSD dengan jayanya.

Objektif utama program ini dijalankan adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat warga SKSD tentang wabak  denggi yang semakin serius serta meningkatkan kesedaran agar sama-sama membantu membanteras pembiakan nyamuk Aedes di persekitaran sekolah dan kediaman mereka.

Pertandingan Mewarna ini telah dapat dijalankan mengikut perancangan dengan lancar. Malah, murid-murid seronok dengan aktiviti ini di samping dapat mengetahui bahayanya nyamuk Aedes dalam kehidupan seharian mereka.


SENARAI NAMA PEMENANG PERTANDINGAN MEWARNA SEMPENA KEMPEN AYUH GEMPUR AEDES

BIL
TAHUN
JOHAN
NAIB JOHAN
SAGUHATI
1.
1
Muhd. Danial Hafiz
Muhd. Ikmal Nasri
Amirul Danial
2.
2
Aina Madiha Ahmad
Hawa Shahrin
Haziq Ashraf
3.
3
Shafika Othman
Sarah Ainah Yazid
Aina Haziqah
4.
4
Dhiyauddin Azizan
Umairah Hamid
Suhana Muhd. Kamil
5.
5
Alisah Idris
Irfan Ismail
Suriani Yusof
6.
6
Intan Fara Razak
Mohamad Ikhsan
Shahirah Adidilia
7.
PRA SEKOLAH
Kamilia Roslan
Mohd. Ali Hisham
Ahmad Sabarudin
8.
PPKI
Haikal Farid
Borhan  Khalid
Najmi Zailan




AMALAN KESIHATAN #1






Wednesday 9 July 2014

Jom Ganyang Aedes

Fakta Nyamuk Aedes.


Fakta Yang Perlu Anda Tahu Tentang Nyamuk Aedes | Nyamuk aedes merupakan pemangsa yang sungguh berbahaya terhadap manusia kerana mempunyai kebolehan mencairkan darah dalam badan dan berupaya menjangkiti orang lain dengan memindahkan virus tersebut.
a) Mempunyai 100 mata di kepalanya.
b) Mempunyai 48 gigi.
c) Mempunyai 3 jantung yang lengkap di perutnya.
d) Mempunyai 6 pisau di belalainya yang mempunyai fungsi berbeza.
e) 3 pasang sayap.
f) Dilengkapi alat pengesan haba yang berfungsi seperti infrared untuk memudahkannya mencari mangsa pada waktu malam.
g) Mempunyai alat pembius agar manusia tidak terasa sakit ketika dihisap darah.
i) Dilengkapi alat pemilih darah, nyamuk tidak menghisap sebarang darah.
j) Dilengkapi alat pengalir darah yang mengalirkan darah melalui jarum penghisapnya yang sangat sempit dan lembut.
k) Hasil penemuan moden, terdapat banyak serangga yang sangat kecil hidup di punggungnya, hanya boleh dilihat melalui mikroskop

Monday 7 July 2014

Program 5 Minit Bersama Dr. Muda


Bermula bulan Julai 2014, Dr. Muda SK Serkam Darat telah mengisi slot perhimpunan rasmi sekolah. Slot yang berdurasi 5 minit ini akan memberikan informasi berkaitan kesihatan. Menurut guru penasihat Kelab Dr Muda SK Serkam Darat, Pn Suhaila Bt Ishak, slot ini akan disampaikan oleh ahli-ahli kelab Dr. Muda yang akan bergilir-gilir memberikan informasi berkaitan keshatan.

Diharapkan dengan adanya slot sebegini akan dapat memberikan kesedaran betapa pentingnya menjaga kesihatan dan kebersihan.

Friday 4 July 2014

PAMERAN AEDES

04 JULAI 2014
DEWAN HJH MAIMUNAH KHAMIs

Kelab Dr. Muda telah menganjurkan satu lagi pameran berinformasi tentang aedes dan denggi. Pameran kali ini telah disokong oleh Klinik Kesihatan Daerah Jasin. Pameran bertujuan untuk memberikan seberapa banyak informasi tentang bahaya aedes, demam Denggi, Kesihatan juga kebersihan diri.

Pameran bermual jam 9.00 pagi dan berlansung sehingga waktu rehat. Semua murid telah dilibtakan dalam pameran ini. Terdapat juga sesi kuiz berkaitan dengan bahan yang dipamerkan. Pada  keseluruhan , pameran ini amat berguna dan murid-murid terhibur denagn apa yang disampaikan.

Semoga pameran ini dapat diadakan untuk penduduk sekitar pula. Aamiin..