-:: Makluman ::-


Selamat Datang ke blog rasmi SEDARA PATROL DENGUE SK Serkam Darat.Sekolah Bestari Malaysia Luar Bandar.

Selamat datang ke Blog Baru SK Serkam Darat. Sekolah Bestari Luar Bandar. Blog ini diwujudkan adalah bagi memberikan informasi dan maklumat terkini berkaitan DENGGI.

LUANGKAN MASA LIMA HINGGA 10 MINIT UNTUK MENYEMAK KEADAAN SEKELILING RUMAH DAN DI DALAM RUMAH DAN PASTIKAN TIADA TEMPAT PEMBIAKAN NYAMUK. JIKA TERDAPAT TEMPAT PEMBIAKAN NYAMUK, MUSNAHKAN IA. PASTIKAN ANDA DAN KELUARGA BEBAS AEDES.

Makmal ICT SK Serkam Darat sudah boleh digunakan tetapi kali ini penggunaan adalah terhad kepada kedatangan dengan guru sahaja. Murid-murid adalah dilarang masuk ke Makmal ICT tanpa guru. Untuk tempahan sila berhubung dengan juruteknik Komputer. Harap Maklum.

Bagi murid yang berpindah dari sekolah lain sila ambil buku teks di sekolah lama, Terima Kasih.

INFO EMIS (JUMAAT 30 MEI 2014) -PENGHANTARAN CETAKAN PENGESAHAN MAKLUMAT EMIS (DATA 30 MEI 2014) Perhatian semua PT Rintis/Guru Data Daerah Jasin, Tempoh penghantaran cetakan pengesahan data EMIS dilanjutkan sehingga 18 Jun 2014 (Rabu). Pastikan cetakan yang yang dihantar lengkap dan disusun mengikut susunan seperti dimaklumkan di dalam portal sebelum ini. (Sumber : Unit ICT/Maklumat PPD Jasin)

ADUAN KEROSAKAN PERALATAN ICT SEKOLAH Untuk makluman semua Pengetua dan Guru Besar Sekolah-sekolah Daerah Jasin Sebarang permasalahan berkaitan penyelenggaraan dan kerosakan peralatan ICT di sekolah boleh dilaporkan ke KPM melalui "Support Ticketing System" (STS) di alamat berikut: http://sts.moe.edu.my/. Harap maklum. (Sumber : Unit ICT PPD Jasin)

PERHATIAN KEPADA SEMUA GURU & STAF, RAJIN-RAJINKANLAH DIRI ANDA UNTUK MENYEMAK PETI MASUK EMAIL ANDA SUPAYA ANDA MENDAPAT SEGALA INFO TERKINI SEKOLAH. HARAP MAKLUM.

BORANG P1 -ANALISA KEHADIRAN MURID SEKOLAH BULAN MEI PERHATIAN GPK HEM SILA SERAHKAN BORANG ANALISA PERATUS KEHADIRAN MURID SEKOLAH (BORANG P1) BAGI BULAN MEI 2014 UNTUK TINDAKAN PPDJ SELANJUTNYA. SILA ABAIKAN MESEJ INI SEKIRANYA TELAH BERBUAT (DEMIKIAN. DARIPADA : SAFIE BIN IBRAHIM - PENOLONG PPD JASIN

Wednesday 15 October 2014

MONTAJ RANGKUMAN AKTIVITI

MONTAJ RANGKUMAN AKTIVITI


Rangkuman aktiviti Kelab Dr. Muda bagi bahagian Skuad Patrol Denggi 
sehingga bulan September 2014.

Tuesday 14 October 2014

TARIAN NYAMUK




Tarian Nyamuk dengan idea dariapada guru penasihat Kelab Dr. Muda, Pn Suhaila Bt Ishak bersama seorang lagi rakannya akhirnya tercipta Tarian Nyamuk. Tarian ini juga mungkin sesuai untuk diselitkan sebagai salah satu lagu dan tarian aerobik. Saksikan.

Thursday 2 October 2014

SK SERKAM DARAT WAKILI MELAKA



Tahniah SK Serkam Darat kerana berjaya mewakili Negeri Melaka dalam Pertandingan Patrol Denggi Peringkat Kebangsaan. Gambar ini telah dirakamkan selepas Majlis Pelancaran Kembara Berbasikal Kempen Anti Aedes yang telah dirasmikan oleh Pn Asnah Bt Selamat,
 Pegawai di Jabatan Pendidikan Negeri Melaka.

Berita ini telah disiarkan  dalam akhbar Melaka Hari Ini bertarikh 02 Oktober 2014. Sekalung tahniah dan Semoga Berjaya menjadi johan kebangsaan pula. Amiin.

Wednesday 1 October 2014

KEMBARA BERBASIKAL KEMPEN ANTI AEDES 2014

TARIKH : 01 OKTOBER 2014
MASA : 8.30 AM
TEMPAT MULA : DATARAN HIKMAH, SKSD

01 Oktober 2014 bersamaan hari Rabu, SK Serkam Darat melalui anjuran Unit HEM dan bersama dengan Unit Patrol Denggi di bawah Kelab Doktor Muda SKSD buat pertama kalinya akan melaksanakan aktiviti yang belum pernah diadakan dalam sejarah sekolah iaitu Kembara Berbasikal sambil berkempen Anti Aedes bagi tahun 2014. Aktiviti ini telah dirasmikan oleh Pegawai daripada Jabatan Pendidikan Negeri Melaka.

Aktiviti ini berobjektifkan memberikan kesedaran tentang bahaya wabak Denggi yang semakin serius dalam kalangan masyarakat. Bersama menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes.

Berikut pecahan kumpulan dan kawasan yang dilawati.

KUMPULAN 1


EN ABDUL KADIR HAMIDUN
TN HJ MOHD LIAS ZAIDY B MOHD YUSOF
TAMAN SERKAM PERDANA & KG ANAK AIR

KUMPULAN 2


EN MOHD AGOST B ABU
EN JEFRIZAL B HASAN
TAMAN SERKAM JAYA, TAMAN SERKAM BARU & TAMAN SERKAM RIA.

KUMPULAN 3


PN SUHAILA BT ISHAK
PN FARIDAH HANIM BT ISHAK
KG SERKAM DARAT

KUMPULAN 4

PN NORAIDAH BT HAMID
PN ROZITA BT ABU
TAMAN SERI SERKAM & TAMAN RIMBUNAN KASIH

KUMPULAN 5


EN ABDUL LATIB B RAUB
EN MUHAMAD ZULKARNINE B ZUBIR
KG TEDONG DARAT


 



  





















FAKTA #4


        APA ITU PENYAKIT DENGGI?

    Penyakit denggi adalah suatu penyakit berjangkit yang merbahaya yang boleh membawa maut kerana sehingga kini belum ada ubat untuk mengubati penyakit ini.
    Denggi biasa terjadi di kalangan orang dewasa dan kanak-kanak akibat dari gigitan nyamuk Aedes.
    Penyakit ini biasanya berlangsung selama 10 hari dan kadang-kadang memerlukan masa yang lama untuk sembuh sepenuhnya.
    Penyakit denggi kerap berlaku di kawasan bandar jika dibandingkan dengan luar bandar.

          JENIS-JENIS PENYAKIT DENGGI

      Terdapat 2 jenis penyakit denggi iaitu:
        a. Demam denggi klasikal.
        Pesakit menunjukkan gejala demam, ruam, sakit badan, sakit sendi dan sakit otot. Gejala penyakit ini biasanya tidak teruk dan jarang menyebabkan kematian. Demam jenis ini juga pernah dinamakan 'demam patah tulang' atau 'breakbone fever'.
        b. Demam denggi berdarah.
        Biasanya terjadi di kalangan kanak-kanak terutama dalam lingkungan umur 2-13 tahun. Pada tahap awal (selama 2-4 hari) gejala yang dihidapi adalah sama seperti demam denggi klasikal dan diikuti oleh tahap yang lebih teruk dengan gejala seperti tekanan darah rendah, ruam dan bintik-bintik merah di badan, perdarahan gusi, berak berdarah (najis berwarna hitam) disertai dengan sawan dan tidak sedar diri. Ia sering menyebabkan kematian jika rawatan tidak diberikan dengan segera. Ia juga dipanggil sebagai 'demam berdarah Filipina'.



      AGEN PENYEBAB PENYAKIT DENGGI

        Penyakit denggi disebabkan oleh sejenis kuman virus yang dipanggil virus denggi. Virus ini tergolong di dalam keluarga Togaviridae. Ia merupakan virus yang berkembang biak dalam serangga. Terdapat 4 jenis 'serotype' virus yang telah dikenalpasti iaitu Den 1, Den 2, Den 3 dan den 4. Semua jenis serotype ini boleh meransang pembentukan antibodi yang berbeza-beza. Namun begitu kekebalan yang dihasilkan oleh pertahanan badan tidak menyeluruh terhadap semua jenis virus denggi. Ia akan hanya melindungi individu untuk jenis virus tersebut sahaja.
        Virus ini masuk ke dalam peredaran darah manusia melalui gigitan nyamuk Aedes dan boleh didapati dalam tempoh yang singkat sahaja iaitu 4-5 hari pada tahap awal penyakit.



          PEMBAWA AGEN PENYAKIT DENGGI

          Nyamuk Aedes merupakan pembawa bagi kuman virus denggi. Gigitan nyamuk merupakan satu cara penyebaran virus denggi dari seorang ke seorang yang lain. Daripada 1 gigitan ia boleh menghisap darah sebanyak 2-4 mg darah iaitu 1.5 kali berat badannya.Nyamuk Aedes ini boleh dikenali dengan tanda belang hitam dan putih di kaki.Terdapat 2 jenis nyamuk Aedes yang membawa virus denggi iaitu:

              1. Aedes aegypti 

              Ciri-ciri: Tanda putih-perak bentuk kecapi dikepala.

              2. Aedes albopictus

              Ciri-ciri: garisan putih-perak disepanjang pertengahan kepala dan badan.

          Nyamuk Aedes aegypti berterbangan di sekitar rumah dan tinggal di tempat-tempat gelap di dalam rumah. Ia bertelur dan berkembang biak di dalam bekas buatan di dalam dan di luar rumah.
          Nyamuk Albopictus pula terdapat di kawasan perumahan di bandar, kebun dan juga di hutan. Ia biasa terdapat di luar rumah pada tumbuh-tumbuhan dan menggigit manusia di luar rumah. Kadang-kadang ia memasuki rumah untuk menggigit manusia. Disamping bekas buatan nyamuk ini juga boleh berkembang biak dalam berbagai-bagai bekas alamiah seperti lubang pada pokok, tunggul pokok, buluh, ketiak daun seperti daun pandan dan nenas dan lain-lain tempat yang boleh air bertakung.
          Jarak terbang kedua-dua jenis nyamuk ini biasanya tidak melebihi 350 meter.

         


         

          TEMPAT PEMBIAKAN


          Nyamuk Aedes membiak di dalam takungan air jernih di dalam dan di luar rumah.
          Ia tidak boleh membiak di dalam air yang kotor.

          A. Di dalam rumah

          1. Ia membiak di dalam piring alas pasu bunga.
          2. Tadahan air seperti kolah mandi, tempayan atau baldi.
          3. Perangkap semut.

          B. Di luar rumah

          1. Di dalam tayar buruk.
          2. Saluran air hujan.
          3. Tin-tin kosong atau botol.
          4. Bata bangunan atau kawasan pembinaan
          5. Cawan getah
          6. Lubang pokok
          7. Tunggul buluh
          8. Ketiak daun seperti -pandan dan nenas

        AWAS!!!! ANDA AKAN DIDENDA JIKA DIDAPATI MEMBIAK NYAMUK AEDES DI KAWASAN RUMAH.




        SUMBER DARI TRIPOD KEBAJIKAN SELANGOR.

      KOLEKSI VIDEO SEMASA KEMBARA BERBASIKAL

      KEMPEN ANTI DENGGI
      KEMBARA BERBASIKAL
      AKTIVITI SELEPAS UPSR 2014


      Senamrobik bersama Dr Muda.


      5 Limit Bersama Dr Muda - Skuad Patrol Denggi


      Ucapan Perasmian & Pelancaran 

      Semasa Pelepasan dan Semasa Aktiviti









      Friday 26 September 2014

      PERANGKAP NYAMUK

      26 SEPTEMBER 2014
      JUMAAT
      MAKMAL SAINS

      Kali ini ahli-ahli Kelab Dr. Muda telah membuat sendiri perangkap nyamuk. Bahan yang utama ialah botol terbuang. Semua ahli telah dapat menghasilkan sendiri perangkap nyamuk masing-masing. Perangkap nyamuk yang telah siap di buat akan dipasang di sekitar kawasan sekolah untuk membanteras pembiakan nyamuk Aedes.

      Semoga apa yang dilakukan oleh Skuad Patrol Denggi ini akan menampkan hasil dan harapan untuk mengurangkan nyamuk dikawasan sekolah akan tercapai.







      Laporan yang telah disediakan.

      AKTIVITI MEMBINA PERANGKAP NYAMUK SEMPENA
      KEMPEN AYUH GEMPUR AEDES

      TARIKH         :           26 September  2014
      MASA             :           8.30 – 10.30 pagi
      TEMPAT         :           Bilik Sains SKSD
      PENGELOLA :           Kelab Doktor Muda, Unit HEM, SKSD

      ULASAN:

      Pada 26 September 2014 telah dijalankan aktiviti membina perangkap nyamuk sempena Kempen Ayuh Gempur Aedes untuk Pertandingan Patrol Dengue yang  telah bermula pada bulan Jun hingga 07 Oktober 2014. Program ini melibatkan seramai 10 orang Skuad Patrol Dengue diiringi oleh 4  orang guru penasihat.

      Objektif utama program ini dijalankan adalah untuk memberi kesedaran kepada murid-murid tentang bahaya wabak  denggi yang semakin serius. Oleh itu, dengan adanya aktiviti ini, diharap telah dapat memberi idea kepada warga sekolah SKSD alternatif untuk membantu mengurangkan kadar pembiakan nyamuk Aedes di kawasan sekolah, malah ia boleh dipraktikkan di kediaman mereka juga.

      Selepas aktiviti ini, murid telah dapat menyediakan 30 perangkap nyamuk dari bahan-bahan seperti gula perang, air didih, yis dan botol mineral. Perangkap nyamuk ini telah diletakkan di tempat-tempat yang sesuai seperti berhampiran stor, tempat gelap seperti di celah susunan pasu bunga, tandas dan di bawah kerusi pondok bacaan.  

      SENARAI NAMA PESERTA AKTIVITI MEMBINA PERANGKAP NYAMUK SEMPENA
      KEMPEN AYUH GEMPUR AEDES

      BIL
      NAMA PESERTA
      1.
      Nur Nida’ul Amirah binti Azizan
      2.
      Seri Nur Alani Fatini Ayu binti Khairul Azizul
      3.
      Muhammad Naswan Hafiz bin Rosidi
      4.
      Saiyidatul Husna binti Shamsor
      5.
      Muhammad Arif bin Saifulazmi
      6.
      Muhammad Amirul Danial bin Norizan
      7.
      Norfarah Afiqa binti Mohd.Rasikin
      8.
      Intan Nadhirah binti Ruslan
      9.
      Nurul Rabiatul Adawiyah binti Farok Fahmi
      10.
      Ilya Maizurah binti Hisham
      11.
      Muhammad Akhirrudin bin Nordin
      12.
      Muhammad Anas bin Mohd.Raffe