-:: Makluman ::-


Selamat Datang ke blog rasmi SEDARA PATROL DENGUE SK Serkam Darat.Sekolah Bestari Malaysia Luar Bandar.

Selamat datang ke Blog Baru SK Serkam Darat. Sekolah Bestari Luar Bandar. Blog ini diwujudkan adalah bagi memberikan informasi dan maklumat terkini berkaitan DENGGI.

LUANGKAN MASA LIMA HINGGA 10 MINIT UNTUK MENYEMAK KEADAAN SEKELILING RUMAH DAN DI DALAM RUMAH DAN PASTIKAN TIADA TEMPAT PEMBIAKAN NYAMUK. JIKA TERDAPAT TEMPAT PEMBIAKAN NYAMUK, MUSNAHKAN IA. PASTIKAN ANDA DAN KELUARGA BEBAS AEDES.

Makmal ICT SK Serkam Darat sudah boleh digunakan tetapi kali ini penggunaan adalah terhad kepada kedatangan dengan guru sahaja. Murid-murid adalah dilarang masuk ke Makmal ICT tanpa guru. Untuk tempahan sila berhubung dengan juruteknik Komputer. Harap Maklum.

Bagi murid yang berpindah dari sekolah lain sila ambil buku teks di sekolah lama, Terima Kasih.

INFO EMIS (JUMAAT 30 MEI 2014) -PENGHANTARAN CETAKAN PENGESAHAN MAKLUMAT EMIS (DATA 30 MEI 2014) Perhatian semua PT Rintis/Guru Data Daerah Jasin, Tempoh penghantaran cetakan pengesahan data EMIS dilanjutkan sehingga 18 Jun 2014 (Rabu). Pastikan cetakan yang yang dihantar lengkap dan disusun mengikut susunan seperti dimaklumkan di dalam portal sebelum ini. (Sumber : Unit ICT/Maklumat PPD Jasin)

ADUAN KEROSAKAN PERALATAN ICT SEKOLAH Untuk makluman semua Pengetua dan Guru Besar Sekolah-sekolah Daerah Jasin Sebarang permasalahan berkaitan penyelenggaraan dan kerosakan peralatan ICT di sekolah boleh dilaporkan ke KPM melalui "Support Ticketing System" (STS) di alamat berikut: http://sts.moe.edu.my/. Harap maklum. (Sumber : Unit ICT PPD Jasin)

PERHATIAN KEPADA SEMUA GURU & STAF, RAJIN-RAJINKANLAH DIRI ANDA UNTUK MENYEMAK PETI MASUK EMAIL ANDA SUPAYA ANDA MENDAPAT SEGALA INFO TERKINI SEKOLAH. HARAP MAKLUM.

BORANG P1 -ANALISA KEHADIRAN MURID SEKOLAH BULAN MEI PERHATIAN GPK HEM SILA SERAHKAN BORANG ANALISA PERATUS KEHADIRAN MURID SEKOLAH (BORANG P1) BAGI BULAN MEI 2014 UNTUK TINDAKAN PPDJ SELANJUTNYA. SILA ABAIKAN MESEJ INI SEKIRANYA TELAH BERBUAT (DEMIKIAN. DARIPADA : SAFIE BIN IBRAHIM - PENOLONG PPD JASIN

Monday 14 July 2014

PERTANDINGAN MELUKIS POSTER

14 JULAI 2014
KELAS SKSD

Kempen kesedaran diteruskan lagi dengan melaksanakan Pertandingan mewarna bagi tahap 1&2. Pertandingan bermula pada jam 10.40 dan berakhir jam 11.40. Semua murid diwajibkan menyertai pertandingan ini. Bagi kategori tahap 2, mereka dikehendaki melukis poster manakala tahap 1 mereka hanya dikehendaki mewarnakan gambar yang telah disediakan dengan menarik.

Pertandingan ini bertujuan memberikan kesedaran dan pengetahuan betapa penting menjaga kebersihan dan kesihatan. Selaian itu dapat juga melatih bidang kreatif mereka dalam memberikan hasil seni yang menarik dan kemas.

Sedikit bingkisan semasa pertandingan.












Sedikit laporan penuh.

PERTANDINGAN MEWARNA SEMPENA KEMPEN AYUH GEMPUR AEDES

TARIKH         :           17 Julai  2014
MASA             :           11.00 – 1.10 tengahari
TEMPAT         :           Dewan Hjh. Maimunah, SKSD
PENGELOLA :           Kelab Doktor Muda, Unit HEM, SKSD

ULASAN:

Pada 17 Julai 2014 telah dijalankan Pertandingan Mewarna  bertempat di Dewan Hjh. Maimunah sempena Kempen Ayuh Gempur Aedes bagi Pertandingan Patrol Dengue yang telah bermula bulan Jun hingga 07 Oktober 2014. Program ini telah melibatkan semua warga SKSD dengan jayanya.

Objektif utama program ini dijalankan adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat warga SKSD tentang wabak  denggi yang semakin serius serta meningkatkan kesedaran agar sama-sama membantu membanteras pembiakan nyamuk Aedes di persekitaran sekolah dan kediaman mereka.

Pertandingan Mewarna ini telah dapat dijalankan mengikut perancangan dengan lancar. Malah, murid-murid seronok dengan aktiviti ini di samping dapat mengetahui bahayanya nyamuk Aedes dalam kehidupan seharian mereka.


SENARAI NAMA PEMENANG PERTANDINGAN MEWARNA SEMPENA KEMPEN AYUH GEMPUR AEDES

BIL
TAHUN
JOHAN
NAIB JOHAN
SAGUHATI
1.
1
Muhd. Danial Hafiz
Muhd. Ikmal Nasri
Amirul Danial
2.
2
Aina Madiha Ahmad
Hawa Shahrin
Haziq Ashraf
3.
3
Shafika Othman
Sarah Ainah Yazid
Aina Haziqah
4.
4
Dhiyauddin Azizan
Umairah Hamid
Suhana Muhd. Kamil
5.
5
Alisah Idris
Irfan Ismail
Suriani Yusof
6.
6
Intan Fara Razak
Mohamad Ikhsan
Shahirah Adidilia
7.
PRA SEKOLAH
Kamilia Roslan
Mohd. Ali Hisham
Ahmad Sabarudin
8.
PPKI
Haikal Farid
Borhan  Khalid
Najmi Zailan




No comments:

Post a Comment