APA ITU PENYAKIT DENGGI?
Denggi biasa terjadi di kalangan orang dewasa dan kanak-kanak akibat dari gigitan nyamuk Aedes.
Penyakit ini biasanya berlangsung selama 10 hari dan kadang-kadang memerlukan masa yang lama untuk sembuh sepenuhnya.
Penyakit denggi kerap berlaku di kawasan bandar jika dibandingkan dengan luar bandar.
JENIS-JENIS PENYAKIT DENGGI
- a. Demam denggi klasikal.
Pesakit menunjukkan gejala demam, ruam, sakit badan, sakit sendi dan sakit otot. Gejala penyakit ini biasanya tidak teruk dan jarang menyebabkan kematian. Demam jenis ini juga pernah dinamakan 'demam patah tulang' atau 'breakbone fever'.
b. Demam denggi berdarah.
Biasanya terjadi di kalangan kanak-kanak terutama dalam lingkungan umur 2-13 tahun. Pada tahap awal (selama 2-4 hari) gejala yang dihidapi adalah sama seperti demam denggi klasikal dan diikuti oleh tahap yang lebih teruk dengan gejala seperti tekanan darah rendah, ruam dan bintik-bintik merah di badan, perdarahan gusi, berak berdarah (najis berwarna hitam) disertai dengan sawan dan tidak sedar diri. Ia sering menyebabkan kematian jika rawatan tidak diberikan dengan segera. Ia juga dipanggil sebagai 'demam berdarah Filipina'.
AGEN PENYEBAB PENYAKIT DENGGI
Virus ini masuk ke dalam peredaran darah manusia melalui gigitan nyamuk Aedes dan boleh didapati dalam tempoh yang singkat sahaja iaitu 4-5 hari pada tahap awal penyakit.
PEMBAWA AGEN PENYAKIT DENGGI
1. Aedes aegypti
Ciri-ciri: Tanda putih-perak bentuk kecapi dikepala.
2. Aedes albopictusCiri-ciri: garisan putih-perak disepanjang pertengahan kepala dan badan.
Nyamuk Albopictus pula terdapat di kawasan perumahan di bandar, kebun dan juga di hutan. Ia biasa terdapat di luar rumah pada tumbuh-tumbuhan dan menggigit manusia di luar rumah. Kadang-kadang ia memasuki rumah untuk menggigit manusia. Disamping bekas buatan nyamuk ini juga boleh berkembang biak dalam berbagai-bagai bekas alamiah seperti lubang pada pokok, tunggul pokok, buluh, ketiak daun seperti daun pandan dan nenas dan lain-lain tempat yang boleh air bertakung.
Jarak terbang kedua-dua jenis nyamuk ini biasanya tidak melebihi 350 meter.
TEMPAT PEMBIAKAN
- Nyamuk Aedes membiak di dalam takungan air jernih di dalam dan di luar rumah.
Ia tidak boleh membiak di dalam air yang kotor.
A. Di dalam rumah
1. Ia membiak di dalam piring alas pasu bunga.2. Tadahan air seperti kolah mandi, tempayan atau baldi.
3. Perangkap semut.
B. Di luar rumah
1. Di dalam tayar buruk.2. Saluran air hujan.
3. Tin-tin kosong atau botol.
4. Bata bangunan atau kawasan pembinaan
5. Cawan getah
6. Lubang pokok
7. Tunggul buluh
8. Ketiak daun seperti -pandan dan nenas
AWAS!!!! ANDA AKAN DIDENDA JIKA DIDAPATI MEMBIAK NYAMUK AEDES DI KAWASAN RUMAH.
SUMBER DARI TRIPOD KEBAJIKAN SELANGOR.
No comments:
Post a Comment