-:: Makluman ::-


Selamat Datang ke blog rasmi SEDARA PATROL DENGUE SK Serkam Darat.Sekolah Bestari Malaysia Luar Bandar.

Selamat datang ke Blog Baru SK Serkam Darat. Sekolah Bestari Luar Bandar. Blog ini diwujudkan adalah bagi memberikan informasi dan maklumat terkini berkaitan DENGGI.

LUANGKAN MASA LIMA HINGGA 10 MINIT UNTUK MENYEMAK KEADAAN SEKELILING RUMAH DAN DI DALAM RUMAH DAN PASTIKAN TIADA TEMPAT PEMBIAKAN NYAMUK. JIKA TERDAPAT TEMPAT PEMBIAKAN NYAMUK, MUSNAHKAN IA. PASTIKAN ANDA DAN KELUARGA BEBAS AEDES.

Makmal ICT SK Serkam Darat sudah boleh digunakan tetapi kali ini penggunaan adalah terhad kepada kedatangan dengan guru sahaja. Murid-murid adalah dilarang masuk ke Makmal ICT tanpa guru. Untuk tempahan sila berhubung dengan juruteknik Komputer. Harap Maklum.

Bagi murid yang berpindah dari sekolah lain sila ambil buku teks di sekolah lama, Terima Kasih.

INFO EMIS (JUMAAT 30 MEI 2014) -PENGHANTARAN CETAKAN PENGESAHAN MAKLUMAT EMIS (DATA 30 MEI 2014) Perhatian semua PT Rintis/Guru Data Daerah Jasin, Tempoh penghantaran cetakan pengesahan data EMIS dilanjutkan sehingga 18 Jun 2014 (Rabu). Pastikan cetakan yang yang dihantar lengkap dan disusun mengikut susunan seperti dimaklumkan di dalam portal sebelum ini. (Sumber : Unit ICT/Maklumat PPD Jasin)

ADUAN KEROSAKAN PERALATAN ICT SEKOLAH Untuk makluman semua Pengetua dan Guru Besar Sekolah-sekolah Daerah Jasin Sebarang permasalahan berkaitan penyelenggaraan dan kerosakan peralatan ICT di sekolah boleh dilaporkan ke KPM melalui "Support Ticketing System" (STS) di alamat berikut: http://sts.moe.edu.my/. Harap maklum. (Sumber : Unit ICT PPD Jasin)

PERHATIAN KEPADA SEMUA GURU & STAF, RAJIN-RAJINKANLAH DIRI ANDA UNTUK MENYEMAK PETI MASUK EMAIL ANDA SUPAYA ANDA MENDAPAT SEGALA INFO TERKINI SEKOLAH. HARAP MAKLUM.

BORANG P1 -ANALISA KEHADIRAN MURID SEKOLAH BULAN MEI PERHATIAN GPK HEM SILA SERAHKAN BORANG ANALISA PERATUS KEHADIRAN MURID SEKOLAH (BORANG P1) BAGI BULAN MEI 2014 UNTUK TINDAKAN PPDJ SELANJUTNYA. SILA ABAIKAN MESEJ INI SEKIRANYA TELAH BERBUAT (DEMIKIAN. DARIPADA : SAFIE BIN IBRAHIM - PENOLONG PPD JASIN

Friday 26 September 2014

PERANGKAP NYAMUK

26 SEPTEMBER 2014
JUMAAT
MAKMAL SAINS

Kali ini ahli-ahli Kelab Dr. Muda telah membuat sendiri perangkap nyamuk. Bahan yang utama ialah botol terbuang. Semua ahli telah dapat menghasilkan sendiri perangkap nyamuk masing-masing. Perangkap nyamuk yang telah siap di buat akan dipasang di sekitar kawasan sekolah untuk membanteras pembiakan nyamuk Aedes.

Semoga apa yang dilakukan oleh Skuad Patrol Denggi ini akan menampkan hasil dan harapan untuk mengurangkan nyamuk dikawasan sekolah akan tercapai.







Laporan yang telah disediakan.

AKTIVITI MEMBINA PERANGKAP NYAMUK SEMPENA
KEMPEN AYUH GEMPUR AEDES

TARIKH         :           26 September  2014
MASA             :           8.30 – 10.30 pagi
TEMPAT         :           Bilik Sains SKSD
PENGELOLA :           Kelab Doktor Muda, Unit HEM, SKSD

ULASAN:

Pada 26 September 2014 telah dijalankan aktiviti membina perangkap nyamuk sempena Kempen Ayuh Gempur Aedes untuk Pertandingan Patrol Dengue yang  telah bermula pada bulan Jun hingga 07 Oktober 2014. Program ini melibatkan seramai 10 orang Skuad Patrol Dengue diiringi oleh 4  orang guru penasihat.

Objektif utama program ini dijalankan adalah untuk memberi kesedaran kepada murid-murid tentang bahaya wabak  denggi yang semakin serius. Oleh itu, dengan adanya aktiviti ini, diharap telah dapat memberi idea kepada warga sekolah SKSD alternatif untuk membantu mengurangkan kadar pembiakan nyamuk Aedes di kawasan sekolah, malah ia boleh dipraktikkan di kediaman mereka juga.

Selepas aktiviti ini, murid telah dapat menyediakan 30 perangkap nyamuk dari bahan-bahan seperti gula perang, air didih, yis dan botol mineral. Perangkap nyamuk ini telah diletakkan di tempat-tempat yang sesuai seperti berhampiran stor, tempat gelap seperti di celah susunan pasu bunga, tandas dan di bawah kerusi pondok bacaan.  

SENARAI NAMA PESERTA AKTIVITI MEMBINA PERANGKAP NYAMUK SEMPENA
KEMPEN AYUH GEMPUR AEDES

BIL
NAMA PESERTA
1.
Nur Nida’ul Amirah binti Azizan
2.
Seri Nur Alani Fatini Ayu binti Khairul Azizul
3.
Muhammad Naswan Hafiz bin Rosidi
4.
Saiyidatul Husna binti Shamsor
5.
Muhammad Arif bin Saifulazmi
6.
Muhammad Amirul Danial bin Norizan
7.
Norfarah Afiqa binti Mohd.Rasikin
8.
Intan Nadhirah binti Ruslan
9.
Nurul Rabiatul Adawiyah binti Farok Fahmi
10.
Ilya Maizurah binti Hisham
11.
Muhammad Akhirrudin bin Nordin
12.
Muhammad Anas bin Mohd.Raffe




No comments:

Post a Comment